Kemudian sesi perkongsian ilmu teknikal dan bisnes startup dan ICT daripada pakar dan mereka yang berpengalaman dari dalam dan luar negara pada sebelah petang dan malamnya. Bermula dengan sesi pagi iaitu perkongsian daripada projek terpilih untuk membentangkan projek mereka kepada umum. Untuk sesi kali ini, Jomlaunch telah merancang untuk mempelbagaikan aktiviti bagi memeriahkan acara yang diadakan. Untuk itu Jomlaunch Edisi Ke-9 diteruskan lagi secara digital melalui aplikasi Airmeet. Seperti edisi sebelum ini, penganjuran Jomlaunch Edisi Ke-9 juga diadakan negara masih lagi berada dalam era pandemik COVID-19. Ini semua bagi meraikan bakat dan kepakaran ICT tanah air, dan mengambil peluang untuk kenal mengenali dan belajar daripada satu sama lain. Melalui acara ini, programmers, developers, UI/UX designers, pakar security, dan lain-lain penggiat ICT tanah air berhimpun untuk mengetengahkan projek-projek mereka. Pada 04-08 Oktober 2021 telah berlangsung acara Jomlaunch Edisi Ke-9 yang dianjurkan oleh komuniti Facebook Group JOMWEB. JomLaunch merupakan salah satu acara komuniti yang popular dan sering menyaksikan pelbagai produk dan idea baru dilancarkan melaluinya.
0 Comments
Leave a Reply. |